KUALA LUMPUR: Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) sudah memperoleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Stadium Olimpik Tokyo daripada pihak penganjur Sukan Paralimpik Tokyo 2020 pada Sabtu lepas, berhubung isu melanda Muhammad Ziyad Zolkefli.
Presiden MPM Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata rakaman CCTV itu diyakini mampu membantu pihaknya merungkai persoalan di sebalik kontroversi melibatkan jaguh lontar peluru F20 (kecacatan intelektual) kebangsaan itu, pada temasya sukan berprestij tersebut di Jepun, baru-baru ini.
"Kami berjaya mendapatkan rakaman CCTV yang memaparkan situasi di bilik panggilan bermula dari pukul 5.45 petang sehingga 6.05 petang di mana Muhammad Ziyad dikehendaki melapor diri pada 5.55 petang," katanya kepada Bernama hari ini.
Selain rakaman CCTV, Megat D Shahriman juga memberitahu pihaknya menerima maklum balas rasmi, masing-masing daripada penganjur dan Olahraga Para Dunia (WPA) berhubung rayuan kontinjen Malaysia berhubung isu berkenaan.
Bagaimanapun, beliau yang akan menamatkan tempoh kuarantin di sebuah hotel di sini pada esok selepas pulang dari Jepun 6 Sept lepas, enggan mendedahkan lebih lanjut butiran rakaman CCTV serta maklum balas diperoleh menerusi surat oleh penganjur dan WPA, kerana tidak mahu menjejaskan siasatan yang sedang berlangsung ketika ini.
"Saya akan bermesyuarat pada Selasa ini mengenai rakaman CCTV diperoleh sebelum membawa rumusan mesyuarat MPM, termasuk menyerahkan maklum balas rasmi penganjur dan WPA kepada satu lagi mesyuarat jawatankuasa siasatan kes Muhammad Ziyad ini, yang dijadual hujung bulan ini," katanya.
Megat Shahriman memberitahu jawatankuasa siasatan akan memaklumkan lebih lanjut mengenai perkembangan isu Muhammad Ziyad serta tindakan seterusnya diambil Malaysia tidak lama lagi, selain menuntut orang ramai agar bersabar serta memberi ruang dan masa bagi pihak terlibat menyelesaikan isu tersebut dengan baik.
Pada 31 Ogos lepas, Muhammad Ziyad dinafikan sebagai pemenang pingat emas acara lontar peluru lelaki F20 dengan catatan lontaran sejauh 17.94 meter (m), yang juga rekod baharu dunia.
Atlet berusia 31 tahun itu diklasifikasikan sebagai 'Did Not Start (DNS)' atau tidak memulakan saingan susulan protes dilakukan terhadapnya oleh pasukan Ukraine, yang mendakwa beliau lewat melapor diri di bilik menunggu sebelum pertandingan berlangsung.
Kontroversi melanda hari ketujuh temasya berprestij itu menyaksikan atlet Ukraine Maksym Koval diumumkan sebagai pemenang pingat emas dengan lontaran 17.34 m, sekali gus memecahkan rekod dunia milik Muhammad Ziyad iaitu 17.29m yang dilakukan di Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London.
Pada 3 Sept, Kementerian Belia dan Sukan bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa siasatan dalaman yang diseliakan Majlis Sukan Negara (MSN) dengan penglibatan anggota bebas, berhubung pembatalan penyertaan dan kemenangan Muhammad Ziyad di temasya berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 18 2021
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata rakaman CCTV itu diyakini mampu membantu pihaknya merungkai persoalan di sebalik kontroversi melibatkan jaguh lontar peluru F20 kebangsaan itu. - Gambar fail
Puluhan terbunuh dalam pertempuran antara kaum di DR Congo - PBB
Puluhan orang awam telah terbunuh setakat bulan ini dalam pertempuran antara kaum yang berlaku di Republik Demokratik Congo.
Pelaksanaan penyasaran subsidi diesel satu tindakan berani - Nga
Pelaksanaan penyasaran subsidi diesel di Semenanjung yang dilakukan di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu langkah berani.
'Terpaksa jadi kekwat' - Sarimah Ibrahim sanggup belanja RM50,000 untuk jiwai watak
Sarimah berkata, beliau melakukan inisiatif itu bagi memastikan karakter yang dilakonkan dapat direalisasi sebaik mungkin mengikut kehendak watak yang digambarkan.
Badminton Masters Malaysia 2024: Sorakan penyokong bakar semangat Tang Jie-Ee Wei
Sorakan penyokong menyemarakkan semangat beregu campuran negara Cheng Tang Jie-Toh Ee Wei yang turun dalam aksi pusingan pertama kejohanan badminton Masters Malaysia 2024 hari ini.
21 individu dikejar ke hospital, bas langgar penghadang jalan di Singapura
Kesemua mangsa yang terlibat dibawa ke hospital dalam keadaan sedarkan diri dan siasatan sedang dijalankan.
Sasaran subsidi bahan api langkah wajar - Penganalisis
Sasaran subsidi secara tepat dapat mengurangkan pembaziran dan memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan.
Serangan balai polis Ulu Tiram: JKM sedia beri kaunseling pada keluarga mangsa - Noraini
JKM akan menyediakan sesi kaunseling kepada keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada 17 Mei lepas.
Penempatan 747 pegawai perubatan siswazah ringankan beban petugas kesihatan - KKM
Sejumlah 747 pegawai perubatan yang menamatkan latihan siswazah masing-masing akan ditempatkan ke semua negeri bagi menampung kekurangan pegawai perubatan sedia ada.
Skuasy: Sivasangari calon pemain terbaik anugerah PSA
Jaguh skuasy negara S Sivasangari merupakan antara lima pemain wanita terbaik dunia yang dicalonkan bagi merebut gelaran Pemain Terbaik Wanita Persatuan Skuasy Profesional (PSA).
Subsidi diesel bersasar: Apa yang kita dapat?
Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, Provost, Malaysia University of Science and Technology
Sukan Paralimpik: Dua emas jadi sasaran Ziyad Zolkefli menuju ke Paris
Dua kejohanan terbesar ini bakal menjadi kayu pengukur untuk prestasi terkininya setelah lebih sedekad bergelar jaguh lontar peluru negara.
Latif, Ziyad tuai emas di Dubai
Abdul Latif Romly dan Muhammad Ziyad Zolkefli merangkul pingat emas di Dubai 2024 World Para Athletics Grand Prix, semalam.
Sukan Para Asia Hangzhou: Ziyad Zolkefli raih pingat emas ketiga Malaysia dalam acara lontar peluru
Atlet olahraga Muhammad Ziyad Zolkelfi kekal unggul selepas berjaya mengekalkan pingat emas menerusi acara lontar peluru lelaki di Sukan Para Asia Hangzhou, pada Selasa.
"Tetap tunggu ayah balik baru keluar" - Isteri hadiahkan Ziyad Zolkefli anak ketiga
Atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli menerima hadiah paling bermakna sejurus pulang selepas menyelesaikan tanggungjawabnya berjuang demi negara di Sukan Para ASEAN.
Ziyad Zolkefli mahu segera pulang sambut cahaya mata
Ketika Ziyad sedang berjuang mempertahankan pingat emas acara lontar peluru di Solo, isterinya, Zafirah Nasir, sedang sarat mengandung.
Ziyad dijangka sumbang emas pertama Malaysia di Solo hari ini
Pingat emas Malaysia di temasya Sukan Para ASEAN (APG) ke-11 di sini, dijangka hadir menerusi jaguh olahraga para Muhammad Ziyad Zolkefli pada pagi Isnin.
Sukan Paralimpik Tokyo: Bukti lemah hampir pasti tidak memihak Ziyad Zolkefli
Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Dalaman, Tan Sri Borhan Dolah, memberi gambaran sukar dalam proses menganalisis bahan bukti itu.
Isu Ziyad: Jawatankuasa siasatan mula mesyuarat minggu depan
Kesemua hasil dapatan daripada mesyuarat jawatankuasa siasatan dalaman itu akan diserahkan kepada KBS selepas 8 Okt.
Ziyad, jurulatih botakkan kepala, azam dan semangat baharu
JAGUH lontar peluru paralimpik negara, Ziyad Zolkefli menjelaskan bahawa tindakannya membotakkan kepala diambil selepas berjaya melebihi sasaran cabaran jurulatihnya ketika beraksi di Paralimpik Tokyo
Ziyad gusar nama dieksploitasi pihak tidak bertanggungjawab
Menurut atlet berusia 31 tahun itu, tiada sebarang pihak menghubunginya biarpun sedar beberapa kempen pungutan derma telah digerakkan sejak tiga minggu lalu.